KPT 6043 Pengajaran Berasaskan Elektronik dan Web

Follow Us on Twitter
Category: 0 comments

Temper Tantrum

'Temper tantrum' atau mudah marah di alami oleh kanak-kanak yang gagal berkomunikasi dengan baik.

PERNAHKAH anda menjadi perhatian orang ramai di pusat membeli belah gara-gara kerenah si kecil yang tiba-tiba mengamuk? Dia menangis tanpa henti, menghentak-hentakkan kakinya sehinggakan orang yang lalu lalang memandang sinis kepada anda.

Salahkah anda mencubitnya untuk membuatkan dia diam? atau menarik telinganya? Atau mungkin anda perlu mendukungnya dan terus pulang ke rumah?

Kemarahan secara tiba-tiba ini disebut 'Temper Tantrum' dan ia bukanlah kemestian pada setiap kanak-kanak. Namun, dikalangan sesetengah ibubapa, sikap anak-anak yang mudah baran atau mudah marah itu amat memeningkan kepala. Lebih sukar lagi kalau kanak-kanak itu tidak makan pujukan dan menangis lebih kuat lagi apabila tidak diendahkan.

Pakar sebuah Pusat Perubatan Di Amerika Syarikat Dr. Jay Hoecker menyifatkan tantrum sebagai proses tumbesaran yang normal. Ia juga bukan penyakit dan mulai hilang apabila usia kanak-kanak semakin meningkat.

"Apatah lagi anda dan si kecil sudah boleh berbual dan berkongsi pendapat mengenai apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Sebenarnya, tantrum dilihat oleh kebanyakkan pakar psikologi kanak-kanak sebagai luahan rasa kekecewaan kanak-kanak tidak kiralah ia dari sudut fizikal, emosi atau mental.

"Kekecewaan itu ada kalanya kerana kesukaran anda sebagai ibubapa memahami kehendaknya disebabkan oleh penguasaan perbendaharaan kata yang sedikit," katanya yang menulis di Mayoclinic.com.

Tantrum dianggap normal kerana sebahagiannya berpunca daripada anak kecil itu menguasai kemahiran asas. Misalnya, gagal membuka atau menutup butang baju. Ini disebabkan ada segelintir kanak-kanak yang memiliki kecenderungan untuk mudah marah berbanding kanak-kanak yang lain dan lazimnya faktor seperti letih, lapar atau tertekan menyebabkan mereka mudah mengamuk.

Apabila usia semakin bertambah, dia akan belajar menangani emosi yang mencetuskan kemarahan. Dia juga selalunya sudah mampu menguasai pertuturan dengan baik dan mampu untuk berdikari.

Namun, dalam lingkungan usia 2 hingga 3 tahun, anak kecik ini cenderung untuk mudah marah kerana kehendaknya tidak difahami. Membaling barang, menghentak-hentakkan kaki atau menjerit sekuat-kuat hati adalah cara meluahkan kekecewaan itu. Ada kalanya luahan kemarahan itu berlaku selama 20 saat atau berjam-jam lamanya.

Dr Hoecker berkata, kanak-kanak mula memperlihatkan kemarahan (tantrum)pada usia 2 atau 3 tahun. Namun, ada juga kanak-kanak yang mula mempamerkan sikap tantrum pada usia yang lebih muda daripada itu. Apabila dia berusia 4 atau 5 tahun, dia masih mudah marah, tetapi apabila usia semakin meningkat,penguasaan bahasanya juga meningkat dan anda boleh mengajaknya berbual dan mudah bertolak ansur.

Tantrum adalah tingkah laku yang menarik perhatian. Justeru, satu cara untuk meminimumkan tantrum si kecil anda adalah dengan tidak memperdulikannya. Selalunya,dia akan menjerit lebih kuat dan menarik perhatian. Jadi, ambil peluang itu untuk berbincang tentang sikapnya.

Apabila si kecil meradang, penting untuk anda bertenang dan mengawal kemarahan. Menjerit kepadanya atau memukul akan memburukkan lagi keadaan. Selalunya, apa yang terbaik untuk anda dan si kecil yang mengamuk adalah suasana yang senyap tanpa anda mengalah dan tunduk kepadanya. Dia akan diam dengan sendirinya apabila gagal menarik perhatian anda.

Jadi perlukan anda menghukumnya sebagai balasan 'mengamuk'?Logiknya tentulah tidak. Walau sebesar manapun kemarahan anda kepadanya,cara terbaik mengingatkannya sikap itu tidak betul.

Justeru, mengelak kemarahan si kecil itu adalah lebih baik. Mulakan diri sendiri dengan memberi perhatian dan pujian kepadanya bagi membina keyakinan diri. Secara tidak langsung dia tahu anda menyayangi dan mengambil berat tentang dirinya.

Perhatikan juga tanda-tanda yang boleh menyebabkannya marah dan cuba alih perhatiannya. Beri sedikit kebebasan kepada si kecil anda. Misalnya,jika memesan minuman tanya dia apakah air yang diinginkannya,jus atau teh. Jika memintanya memberus gigi tanya padanya, hendak berus gigi sebelum atau selepas mandi?

Beri perhatian pada permintaannya dan jika tidak boleh ditunaikan beritahu sebabnya. Sebagai ibubapa anda lebih memahaminya, jadi jangan membawa dia membeli belah waktu tidur semata-mata ingin mengejar jualan murah.

Bagaimana jika dia tiba-tiba mengamuk walaupun anda sudah sedaya upaya mengelak berlakunya tantrum?

  • Jangan marah, sebaliknya cuba bertenang dan senyum
  • Cuba fahami mengapa si kecil anda marah
  • Alih perhatiannya
  • Dakapnya, belai rambutnya dan tenangkan dia mungkin kadang kala anak-anak akan terus menjerit, jadi tinggalkan dia sekejap.Jangan pedulikan dia dan lihat bagaimana reaksinya.

Petikan

Kementerian Kesihatan Malaysia

Category: 1 comments

Kanak-kanak suka mengadu????

Suatu hari di kelas Prasekolah SK Sungai Kiol



Situasi 1



Miza: cikgu ...........tengok nizam ni..ambik pensel saya.....

Cikgu: Nizam...bagi balik pensel miza (dalam hati : hishhh....budak ni....)



Situasi 2



Cikgu: Sekarang cikgu bagi kamu kertas lukisan...cikgu nak kamu lukis gambar buah epal dan warna kan..faham?

Murid-murid: faham........cikgu....

Miza: Cikgu....Afis tak nak lukis gambar epal...dia lukis gambar orang...

Cikgu: ( dalam hati : adoiiii...budak ni lagi, tak abis-abis mengadu...masak aku macam ni...)



wahai cikgu-cikgu semua pernah melalui situasi macam ni tak? apa nak buat yek kalau kita dalam situasi macam ni....1 hari sabar....2 hari mungkin boleh sabar lagi kot...3 hari dah mula merungut 4,5 hari....setahun????macamnana ??? apa nak buat.....???
Category: 1 comments